0 Items in your cart – View Cart

Welcome Guest. Register to sign in

Sign In New User Forgot Password

Help

TEMPAHAN & PROSES

TEMPAHAN KAD PERKAHWINAN
LANGKAH 1- ISI BORANG TEMPAHAN & DEPOSIT PERTAMA
Setelah anda memilih kad, di ruangan bayaran pada bahagian "KUPON KOD" sila taip deposit, bayaran yang akan dijelaskan hanyalah 60% manakala bakinya adalah semasa / sebelum penghantaran dibuat. Sila faks (03-41055700) atau e-mailkan bukti pembayaran kepada kami (3rkadkahwin@c8tive.com). Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois.
PROSES AKAN DIJALANKAN SETELAH DEPOSIT DITERIMA

LANGKAH 2 - ISI BORANG MAKLUMAT PENGANTIN
Selesai membuat bayaran SATU EMAIL BORANG MAKLUMAT yang perlu diisi akan dihantar secara automatik. Isikan semua maklumat dengan teliti. Pastikan borang diisi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat yang dicetak adalah diatas kesilapan anda. Sila "scan” dan e-mailkan peta lokasi majlis anda ke 3rkadkahwin@c8tive.com

LANGKAH 3 - REKABENTUK DRAF & SUSUN ATUR
Tempahan akan di draf / direkabentuk setelah pihak kami mendapat pengesahan tentang bayaran deposit. Tempoh untuk membuat draf / rekabentuk selama 7 hari bekerja. Draf/ rekabentuk yang telah siap akan di e-mailkan kepada anda untuk pengesahan.

LANGKAH 4 - PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti butiran dibawah:
1.Nama Ibubapa
2.Nama anda & pasangan
3.Tarikh majlis & hari
4.Alamat Majlis
5.No. telefon
6.Peta lokasi majlis.
Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.

LANGKAH 5 - PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan dibuat apabila draf telah dipersetujui. Tempoh proses Cetakan adalah di antara 3-5 hari ATAU paling maksima 14 hari bekerja bergantung kepada musim perkahwinan dan kerumitan kad kahwin anda.

LANGKAH 6 - KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap dicetak. Anda juga boleh menghubungi kami selepas 5 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda.

LANGKAH 7 - BAYARAN AKHIR 40% (PENTING!!!)
Sila buat bayaran akhir baki 40% dari jumlah bersih tempahan bersama kos penghantaran sekali.

LANGKAH 8 - PENGHANTARAN
Penghantaran akan dibuat setelah bayaran akhir disahkan. Pihak kami menggunakan perkhidmatan courier “POS LAJU” kerana ianya jauh lebih murah dan memudahkan bagi anda untuk berurusan. Semua kos penghantaran adalah ditanggung oleh anda dan kos courier bergantung pada berat kad. Tempoh penghantaran akan mengambil masa selama 1-2 hari.
Penghantaran ke Sabah, Sarawak Brunei & Singapura akan mengambil masa 2-4 hari tertakluk pada tempat dan keadaan.

SILA BUAT TEMPAHAN LEBIH AWAL SUPAYA MASALAH KELEWATAN TIDAK BERLAKU

TEMPAHAN KAD D.I.Y - Beli Kad & Buat Sendiri
Anda dikehendaki membuat bayaran penuh untuk kad D.I.Y. Penghantaran hanya dibuat setelah bukti bayaran penuh diterima.


CARA PEMBAYARAN
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui website, anda boleh membuat pembayaran terus ke akaun bank kami seperti berikut:

Bank: MAYBANK
Atas Nama: CREIGHTIVE SERVICES
No Akaun: 562508504518
 
Sila faks atau e-mail bukti pembayaran anda kepada kami. Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois.
PROSES AKAN DIJALANKAN SETELAH DEPOSIT DITERIMA